Tuesday, 26 February 2013

Produk AM Bebas Bahan Kimia!

Produk Aura Maya Skin Care Boleh Merawat Wajah Yang Rosak Oleh Produk Beracun Dengan Menyembuh Sel-Sel Kulit Supaya Tekstur Kulit Kembali Sihat Semula !!!

Krim pemutih - Awas Bahaya Merkuri
Dapatkan Artikel Penuh Mengenai Bahaya Merkuri Dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0404&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Setiap wanita inginkan kulit yang halus, gebu dan cerah kerana ianya akan menyerlahkan kejelitaan seseorang dan tampak lebih menawan. Tidak hairanlah jika wanita akan mencuba pelbagai jenama produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan kulit  gebu dan licin, putih, menanggalkan bintik hitam, jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya. Banyak wang ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Tetapi malangnya di dalam beberapa kes, muka bukan bertambah cantik tetapi menjadi rosak, lebih teruk dari yang asal. Dan yang lebih malang lagi kesihatan diri terjejas. Semuanya ini memang berlaku setiap hari kerana ketidakprihatinan pengguna lalu memakai produk kecantikan yang tidak mendapat KELULUSAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

FAQ Mengenai Bahan Kimia Yang Terdapat Dalam Set Penjagaan Kulit.
 

KENAPAKAH KKM TIDAK MELULUSKAN SEMUA PRODUK YANG TERDAPAT DI PASARAN
Kerana terdapat pengeluar yang memasarkan produk yang mengandungi racun yang sangat bahaya kepada pengguna seperti hidrokuinon, tretinoin, raksa, monobenzil, asid askorbik, peroksida dan sebagainya.

WALAUPUN DIHARAMKAN OLEH PIHAK KKM, KENAPAKAH PRODUK YANG MENGANDUNGI RACUN MASIH MENJADI PILIHAN RAMAI?
Sebab-sebab utama kenapa produk beracun digemari adalah:

- Produk yang mengandungi racun memberi kesan yang lebih cepat untuk memutih, menghilang jeragat, jerawat dan sebagainya. Pengguna yang tidak sabar pasti menyukai kesan yang cepat begini. Tetapi mereka tidak tahu, risiko kerosakan pada wajah dan kesihatan adalah sangat merbahaya.
- Harganya lebih rendah kerana bahan yang tidak berkualiti.
- Terpengaruh oleh iklan palsu yang hebat.
- Pengguna tidak tahu (naif) peri bahayanya racun dalam kosmetik.
- Sikap mengambil mudah untuk menjadi cantik di dalam jangkamasa yang pendek.

KENAPAKAH PRODUK BERACUN MEMBERI KESAN YANG LEBIH CEPAT DARI PRODUK YANG DILULUSKAN OLEH KKM?
Kerana produk beracun menggunakan bahan aktif peluntur yang kuat seperti hidrokuinon dan raksa yang bersifat menghakis/menipis.

APAKAH KESAN-KESAN YANG BERBAHAYA TERHADAP PENGGUNA APABILA MEMAKAI PRODUK KECANTIKAN YANG MENGANDUNGI RACUN-RACUN TERSEBUT?

Kesan-kesannya amat menakutkan sekiranya Puan/Saudari sedar dan prihatin terhadap kesihatan. Secara amnya, bahaya racun-racun tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

1. HIDROKUINON. Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat). Penghakisan melanin dengan cepat menyebabkan muka menjadi putih manakala parut dan jeragat boleh hilang. Ini menyebabkan ramai pengguna tertarik. Pada peringkat awal penggunaannya, ramai pengguna terpedaya kerana kulit menjadi putih dan jeragat boleh hilang. Sebenarnya  kulit yang putih oleh hakisan hidrokuinon tidak akan kekal lama kerana kulit muka akan kembali kepada warna asal oleh proses melanin tadi. Untuk terus kekal   kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk berhidrokuinon dengan lebih banyak lagi.

2. RAKSA/MERKURI. Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon, ia juga sebagai agen pemutih. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin.

3. TRETINOIN/RATIN-A. Ia digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Ia juga sangat bahaya kerana mengakibatkan kulit kering, rasa seperti terbakar, kulit menggelupas,kemerahan, sensitif dan juga mencacat janin.

BAGAIMANAKAH UNTUK MENGENALPASTI PRODUK YANG DILULUSKAN OLEH KKM?
Di bawah 'PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK 1984', semua produk kosmetik hendaklah didaftarkan dengan BIRO PENGAWALAN FARMSEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFK), KKM untuk diuji dan disahkan selamat, berkesan dan berkualiti sebelum ianya dipasarkan kepada pengguna. Produk yang diluluskan akan diberi 'NOTIFICATION NOTE' pada setiap item sebagai contoh NOT12345678K atau NO PENDAFTARAN MAL. Nombor-nombor ini kebiasaannya tercatat pada setiap botol atau kotak pembungkus setiap produk. Jadi Puan/Saudari boleh memeriksa sendiri kesahihan  produk dengan melayari www.bpfk.com. Puan/Saudari adalah  dinasihatkan supaya tidak mengguna sama sekali produk kosmetik yang tidak ada NOT................K atau MAL..............supaya tidak menanggung risiko kerosakan wajah. Produk yang beracun juga boleh dikenalpasti apabila  toner atau krim pemutih atau krim malam berubah warna menjadi hitam/coklat tua.

BOLEHKAH WAJAH YANG ROSAK OLEH PRODUK  BERACUN DIRAWAT DAN KEMBALI PULIH?
Ya, Boleh. Produk Aura Maya Skin Care Boleh Merawat Wajah Yang Rosak Oleh Produk Beracun Dengan Menyembuh Sel-Sel Kulit Supaya Tekstur Kulit Kembali Sihat Semula. Semasa proses rawatan, beberapa tindakbalas mungkin akan berlaku seperti timbulnya jerawat, bintil-bintik kecil dan lain-lain. Ini berlaku kerana racun-racun yang terperangkap di dalam kulit dineutralise/dirawat dan disedut keluar. Puan/Saudari tidak harus khuatir sekiranya tindak balas ini berlaku kerana ianya adalah perkara biasa semasa proses penyembuhan. Proses tindakbalas ini berlaku bergantung pada tahap kerosakan seseorang pengguna. Untuk memulihkan wajah sepenuhnya, proses rawatan mungkin mengambil masa 1/2 bulan atau lebih. Oleh yang demikian,  Puan/saudari hendaklah  bersabar untuk menjadi cantik dengan
selamat. 

APAKAH NASIHAT KEPADA PENGUNA?
Adakah Puan/Saudari sanggup menerima risiko kerosakan wajah? Semestinya tidak, kerana wajah adalah aset yang sangat penting pada setiap wanita. Puan/Saudari pasti tidak mahu wajah menjadi rosak oleh apapun sebabnya. Oleh itu Puan/Saudari hendaklah  berpengetahuan, prihatin dan berhati-hati terhadap kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini. Rampasan-rampasan produk kosmetik yang dibuat oleh BPFK dari masa kesemasa, membuktikan memang terdapat produk kosmetik yang beracun di pasaran kita. Artikel ini boleh dijadikan panduan untuk Puan/Saudari menjadi pengguna yang bijak. Untuk mendapat maklumat tambahan, Puan/Saudari boleh menghubungi BPFK, KKM, membaca Buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang, bahan bacaan di pasaran, melayari Internet dan sebagainya.  Janganlah terpedaya oleh iklan-iklan yang hebat. Dapatkan dulu pengesahan dari BPFK iaitu NOT.............atau MAL..............pada setiap item produk kosmetik sebelum Puan/Saudari menggunakannya. Teruskan  memakai produk Aura Maya Skin Care sehinggalah wajah Puan/Saudari sembuh kembali.

No comments:

Post a Comment